wuan xin's profileXin'sPhotosBlogListsMore ![]() | Help |
|
January 06 Talking about Kebaikan Dota
Quote Kebaikan Dota Kebaikan DotaKebaikan DotA Dalam zaman globlalisasi ini, teknologi semakin canggih dan telah mencipta pelbagai peralatan komputer yang mampu meningkatkan taraf hidup manusia. Malaysia boleh dikatakan sungguh bertuah atas pemindahan teknologi dari negara asing. Kini, syarikat-syarikat komputer telah mencipta permainan komputer untuk memenuhi naluri remaja yang menginginkan cabaran. DotA, sebagai permainan yang terkenal di dunia ini telah melahirkan generasi yang terdidik dan berakhlak. Seperti yang kita maklumi, ciptaan dan alatan canggih telah direka dalam bidang sains dan teknologi. Penggunaan teknologi moden seperti telefon bimbit, komputer dan televisyen sudah berdarah daging dengan kehidupan kita. Ciptaan tersebut bukan sahaja dapat menyebarkan malumat ke seluruh pelosok dunia, tetapi juga dapat mempertingkatkan kepekaan dan keprihatinan kita terhadap perkembangan semasa. Misalnya, jika kita bermain DotA, kita akan dapat mengisi ilmu di dada dalam bidang kepenggunaan komputer. Oleh sebab itu, kita tidak akan terpinggir bagai katak di bawah tempurung daripada masyarakat yang semakin moden dan maju ini. Sekiranya kita halusi, akan kita dapati bahawa nilai-nilai murni dapat dipupuk melalui DotA. Sebagai contoh, pelajar yang menyertai pertandingan DotA boleh dibajai dengan nilai bekerjasama dan berdaya maju serta dilatih untuk menerajui tampuk kepemimpinan negara. Dengan aset yang berharga ini, Malaysia akan dimajukan dalam sosioekonomi sekali gus menjayakan misi nasional. Oleh hal yang demikian, ibu bapa seharusnya mendidik anak untuk berDotA sejak kecil-kecil lagi umpama pepatah yang berbunyi "melentur aur biarlah daripada rebungnya". Menurut penyelidikan pakar-pakar sains, pelajar-pelajar yang bermain DotA terutamanya yang berusia antara 13 hingga 25 tahun telah menempa kejayaan cemerlang baik dari segi keputusan mahupun dari segi pekerjaan. Hal ini demikian kerana dengan berDotA, seseorang pelajar sudah tidak ada masa terluang untuk berjinak-jinak dengan gejala-gejala sosial seperti budaya melepak, mat rempit, pergaulan bebas atau penagihan najis dadah. Justeru, DotA umpama serampang dua mata yang bukan sahaja menghindarkan remaja daripada kemelut sosial malah dapat mewujudkan pewaris yang berketerampilan dan pragmatik. Sebagai kesimpulan, DotA seharusnya dibesar-besarkan atas pelbagai manfaat khususnya dalam meningkatkan kepekaan pelajar, menyuburkan nilai-nilai murni dan mengekang kebejatan sosial. Demi melahirkan pengemudi yang inovatif dan kreatif, semua pihak yang terlibat termasuk ibu bapa, pihak pentadbir sekolah dan Kementerian Pelajaran harus menggabungkan tenaga secara jitu dan padu untuk menepati matlamat murninya. (i wrote this be4 pmr.. lolx..) Xin's |
|
|||
|
|